DAILY GOLD PRICE
(22 June 2024)
NORMAL 10
999
MYR359
916
MYR349
This price for normal item 10gm and above
NORMAL 10

999
MYR361
916
MYR351
This price for normal item 10gm and below
EXCLUSIVE
EXCLUDE BEAD & CHARM
999
MYR363
916
MYR353
This price receivable for exclusive item only

Frequently Ask Question (FAQ)


1.Bagaimana saya boleh membuat pesanan?

  • Anda boleh membuat pesanan dengan mudah menggunakan platform dalam talian kami. Apabila anda menemui item yang anda perlukan, anda boleh daftar akaun terlebih dahulu terus masuk ke troli, log masuk dan melalui proses pesanan. Selepas pesanan siap, anda akan menerima ringkasan pesanan e-mel anda. Ringkasan pesanan juga akan disimpan ke akaun anda.


2.Mengapa saya perlu membeli dalam talian?

  • Anda tidak perlu bersesak keluar ke kedai, tetapi dengan memesan dalam talian anda akan mendapat harga yang lebih cepat dan akan melalui proses pengesahan pesanan pembayaran dengan lebih efektif. Ini boleh menjimatkan masa anda.


3.Apakah maklumat yang perlu saya masukkan semasa membuat pesanan?

  • Sistem pesanan dalam talian kami akan meminta semua maklumat penting yang perlu anda sediakan seperti maklumat peribadi dan penghantaran.


4.Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan?

  • www.ariffinshop.com menawarkan pelbagai jenis kaedah pembayaran seperti yang ditunjukkan di bawah:-

Billplz. Fair Payment Platform pembayaran secara online.


5.Bolehkah saya membatalkan pesanan sedia ada yang telah dibuat?

  • Ya, jika pesanan anda masih dalam status belum selesai boleh klik butang pembatalan dan secara automatik tempahan akan terbatal.


6.Adakah anda mempunyai item dalam stock?

  • Semua item yang ditunjukkan di laman sesawang kami tersedia dari 8 Cawangan di Kedai Emas Ariffin Sdn. Bhd.


7.Berapa harga Emas hari ini? 

  • Harga Emas semasa boleh dirujuk di laman utama laman sesawang kami di www.ariffinshop.com dibahagian “GOLD PRICE” dan kami kemaskini harga Emas setiap hari.


8.Adakah harga produk yang tertera di laman sesawang sudah termasuk upah?

  • Ya, harga yang tertera di laman sesawang sudah termasuk upah. 


9.Adakah Ariffinshop menawarkan servis perkhidmatan seperti Trade-In, Buy Back dan pemotongan item?

  • Ariffinshop tidak menerima sebarang trade-in buy back dan pemotongan item dari pelanggan. Ini kerana Ariffinshop hanya menjalankan urusniaga secara atas talian sahaja.


10.Bagaimanakah saya boleh mendapatkan semula kata lauan saya?

  • Anda boleh mendapatkan semula kata lauan anda dengan klik “terlupa kata laluan”. Arahan untuk mendapatkan kata laluan akan dihantar ke e-mel anda.


11.Bagaimanakah saya boleh menukar butiran peribadi atau alamat e-mel saya?

  • Anda boleh menukar semua maklumat pada akaun anda dengan mudah. Pergi ke halaman log masuk kemudian klik “My Detail” dan boleh terus “edit”. Di sini anda boleh menukar semua maklumat.


12.Adakah Ariffinshop mempunyai sistem keselamatan dasar privasi maklumat pelanggan?

  • Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja dan dijamin dengan sijil SSL. Ini bermakna maklumat yang anda masukkan disulitkan dan ia tidak akan tersedia untuk pihak ketiga.


13.Bolehkah saya menjejak semula pesanan saya?

  • Anda boleh log in dan membuat semakan di sejarah pesanan terdahulu.


14.Berapa lama masa penghantaran akan dilakukan? 

  • Pengeposan item akan dibuat 2 - 3 hari bekerja selepas 24 jam dari penerimaan bayaran di website dan Admin akan membuat pengeposan melalui EasyParcel sama ada melalui kurier Poslaju atau J&T (atas permintaan).

  • Tiada pengeposan akan dibuat pada hari yang sama bagi penyediaan BUNGKUSAN dan SEMAKAN data penerima.


15.Berapa kos penghantaran?

  • Anda perlu membuat pilihan harga untuk kos penghantaran sama ada penghantaran biasa ataupun termasuk perlindungan insurans bernilai 2.5% dari nilai harga barangan.


16.Bolehkah saya tukar saiz bagi barang yang sudah dibeli?

  • Maaf, penukaran saiz adalah tidak dibenarkan. Kami telah menyediakan garis panduan cara ukuran dan butiran item di website kami. Kami menyarankan untuk membuat ukuran yang terperinci terlebih dahulu sebelum membuat pembelian di website kami bagi mengelakkan kesulitan yang akan berlaku.



17.Berapakah cawangan Kedai Emas Ariffin?

  • Kedai Emas Ariffin mempunyai 8 cawangan terunggul di Pantai Timur yang berada di daerah Kuantan, Muadzam Shah, Keratong, Kemaman, Dungun dan Setiu.


18.Adakah stok di website sama dengan stok di cawangan?

  • Stok di setiap cawangan adalah berbeza bergantung kepada tersediaan stok di setiap cawangan. 


19.Adakah pelanggan boleh memilih pembelian di mana - mana cawangan yang tersedia?

  • Ya, pelanggan boleh memilih pembelian di mana - mana cawangan yang tersedia.


20.Adakah pelanggan boleh membuat urusan secara self pickup atau COD?

  • Kami tidak membuat urusan secara self pickup atau COD.


21.Saya masih ragu - ragu!

  • Maaf kerana kami tidak dapat mengosongkan keraguan anda dalam halaman Soalan Lazim. Sila hantarkan e-mel kepada kami ke ariffinshop@gmail.com untuk kami menghapuskan keraguan anda.

                                     


                 Your Store Your Places


Hello dear,
Nak ARIFFINshop bantu
Kami akan respon dengan kadar segera
Customer Services
Official ARIFFINshop Customers Services
Our Dropship
Highest rating in ARIFFIN circle
By continuing as a guest, you agree to Whatsapp's Terms, Data Policy and Cookies Policy